Sunday, 16 October 2011

~Kaitan Nombor Dengan Personaliti Diri~


Assalamualaikum semua...
Haaa...hari ni sy nak share sesuatu pasal kaitan nombor dengan personaliti diri kita...
agak-agak sama tak dengan diri korang..~~
tapi ini adalah sekadar perkongsian..jangan terlalu percaya pulak yee....=)


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
haa ni tarikh sy lahir..24hb 3
no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

Friday, 14 October 2011

~Tuhan hanya memberi kita satu hati~

"DUA HATI MENJADI SATU"

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,“Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.

Jawab titisan air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu bermula dari mata, sedangkan rasa suka bermula dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan didada kita itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan itu.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula), dan wanita yangg baik untuk lelaki yangg baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula)…” (QS. An-Nur: 26)

Wednesday, 12 October 2011

hari ini di rumah ku syurgaku...~~

Assalamualaikum....
ai nampaknye memang da lame sangat ku x update blogg nii...
ap la nk jadi ngan ku ni kn..heheheee...bzy sikit la katekan..sikit jee..=)


Ok la rini ku nak cakap pasal arini laaa...
      urmm tadi bangun2 pagi je biase la pas solat semua terus je jalankan tugas sebagai seorang wanita dan suri rumah...mule2 kemas2 dapur mana yg x kemas lagi..pas tu basuh baju..biase la anak sulung la katekan semua tugas lau bole kena buat..tp cam x adil la kn semua ku yg buat??...apakan dayaa nasib badan ni laaaa...
pas basuh baju, jemur la kn....huii penat tu...pastu ku sapu dalam umah plak...relex2 jap dalam 10 minit ku masak nasi plak...pas manas nasi ku g lua umah pulak...hai la sampah dua hari lepas ku baru je sapu sampah2 ni...apakan daya rini ko datang lagi...ku memang pantang nampak sampah kat umah ni..ku pon luangkan masa untuk sapu sampah2 kat lua umah ni...ye la daun2 pokok durian...mmasak la ku menyapu tadi..huiii tetibe tangan ku terara sangat gati...alamakkkkk!!! ku jerit...tanganku terkena ulat bulu..huwaaa..gatai2....ni la orang kate kena ulat bulu memang gatai....x tahan ku.. keletihan mula terasa dengan pancaran cahaya matahari yang bersinar terang...ku pon masuk dalam umah buat air siram...uii minum sejuk2 sedap gakkn,...hilang sikit keletihan ku...relex jap..huhuii..on plak fb..hehee...ap lagi update status la..x ad kejo dah...status ku arinie berbunyi begini "jika kamu bertemu seseorang yang senyumannya mampu membuatkan dirimu tersenyum, kamu mungkin telah menemukan orang yang tepat untuk hidupmu...(^_^)~~~ so senyumlaaa... tanda sayang tu......♥" Haaaa camtu la lebih kurang bunyinyee....bukan ap ku nak ingatkn je...senyum tu penting ap...bak kate ally iskandar senyum2 selalu..=)


ok la..berbalik pada tadi..pas ku relex2 sambil on9 tadi..ayah panggil makan..hehehe..ku pun makan...rini kiteorang makan nasi ngan udang goreng tepung, sayur kailan ngan kerang. pastu ngan ikan caru goreng..huii alhamdulillah kenyang..rini dik ku yg masak....bole tahan la rasenye leh makan orang kate..=)..


ok la time untuk rehat.....=)

Monday, 18 July 2011

.♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥

‎(¯`v´¯)ღღ♥ بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•..•´.(¯`v´¯​)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸​¸.•*¨*•♥
¸.ღღ Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza ღღ

.:|♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ .:|:.

*ღ,¤Syukron jiddan aidan,¤¤

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ


"Allahumma baariklanaa di Rajab wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan",Semoga Allah memberkahi kehidupan kita dibulan-bulan ini untuk berjumpa Ramadhan,Dengan segenap kesiapan ruhiyah, fikriyah,jasadiyah,maliyah dan satukan barisan raih takwa & sambut kemenangan dakwah, Intanshurullah yanshurkum wayutsabbit aqdamakum.
`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

~~~Sesuatu Itu Akan Indah pada Waktunya Jika Kita Bersabar~~~


Sesuatu akan indah pada waktunya
Tahukah anda bahwa sesuatu itu akan indah pada waktunya? pohon akan berbuah setelah kita tanam bertahun-tahun dan itu akan kelihatan indah, bunga akan mekar disuatu saat dan itu juga sebuah keindahan meski kita harus sabar menunggunya berbunga. Tapi terkadang kita tidak sabar menunggu, kita ingin semuanya sesuai keinginan kita.


Tahukah anda bahwa kebahagian bukan saat kita memiliki sesuatu, tapi kebahagian itu terletak pada saat proses kita mendapatkan sesuatu.Hidup hanyalah sebuah proses, semua akan datang silih berganti, sedih, bahagia, suka dan duka adalah hal yang sama. kesedihan bisa berganti bahagia dan bahagia bisa berganti sedih. tergantung kita menyikapi, andai kita menghadapi sebuah musibah yang mungkin menurut orang lain itu sebuah kesedihan sementara kita merasa itu sebuah kebahagian karena kita melihatnya dari kacamata iman memang itulah kebahagian.

Dalam hidup kita akan menemui banyak hal, kadang kita mencintai seseorang, atau bahkan dicintai seseorang.kita harus menyadari bahwa Mencintai dan Keinginan untuk memiliki adalah dua hal yang berbeda. Cinta bisa menjadi indah apabila kita menempatkan pada orang yang tepat dan akan menjadi musibah jika kita memaksakan untuk memiliki.carilah posisi yang aman di mana kita mencintai sekaligus dicintai. Mungkin butuh waktu... tapi yakinlah jika kita sabar...sabar... dan sabar semua akan indah pada waktunya.Diwaktu menangis kita memejamkan mata, disaat tertawa kita kadang memejamkan mata.Jika kita disuruh membayangkan sesuatu pasti orang akan bilang "pejamkan mata anda!" saat kita tidur dan bermimpi pun mata kita terpejam, kenapa??? tahukah anda bahwa sesuatu yang indah itu tidak terlihat.Jadi dibalik sesuatu kejadian pasti ada hikmah cuma kadang kita tidak bisa melihat hikmah itu.jika kita tahu dan sudah melihat hikmah itu maka baru kita merasa bahwa sesuatu itu akan indah pada waktunya.Allah tidak pernah menciptakan sesuatu kejadian dengan sia-sia. Jika kita sabar dan ikhlas menerima semua itu pasti kita akan diberi yang terbaik.Terbaik dimata manusia belum tentu terbaik dimata Allah.

Saat ini aku sangat bahagia, mudah-mudahan ini suatu bentuk kasih sayang Allah kepadaku, mudah-mudahan ini buah dari penantian dan kesabaran,obat dari segala penyakit,pengganti dari tetes air mataku dan jawaban dari sebuah doa.Saat hatiku sedih saat itu juga kebahagiaan datang menyertainya.Betapa semua ini tidak pernah terpikir,betapa aku tidak pernah bertanya tapi saat ini aku menemukan jawabannya.dan aku menyadari bahwa sesuatu itu akan indah pada waktunya... semoga aku tidak salah memilih dan tidak salah dalam memutuskan.Aku hanya mohon perlindungan dari Allah, sambil berdendang "Allah cinta telah tumbuh karenaMu, Allah cinta telah hadir karenaMu.Satukan...eratkan... hanya karenaMu...


♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´​¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸​¸.•*¨*•♥

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).​`•.¸.•´♥..♥♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸​¸.•*¨*•♥

Sunday, 3 July 2011

kata-kata hikmah buat semua..~~~

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

         Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

 Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu."Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.


Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)



Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


Friday, 6 May 2011

~BAHULU OH BAHULU....NYAMM...~~

      Haii semua...ape kabo?? hehehe haa arinie ku ad benda nk cite..haa cam ni..pagi-pagi tadi Nyai Ju ku (Pn.Hjh.Johariah bt Sakyun) da call tanye ku 'Kina kate nak mam Bahulu Gulung panas,datang laa Nyai ngah buat ni.." haaa ku ap lg..dengan keadaan kalang kabut cepat-cepat siap ala kadar terus pergi umah Nyai Ju..hehehe ku naik moto cam apkan..nasib selamat sampai..ha sampai je Nyai terus cakap "haa makan la Bahulu Gulung tu kate semalam nak makan yang panas-panas.." ku pon ap lagi dengan lafaz Bismillah mam kuih bahulu tu..ya ALLAH sedapnye emmmm...hehehee...da lepas mam tu ku pon tolong la Nyai Ju wat kuih bahulu tu..


       Bahulu  nie special sikit orang-orang cakap..yela bahulu  ni dibakar ngan menggunakan sabut kelapa di atasnya n di bawahnya menggunakan gas memasak biasa tu.. haa kan special tu namanye...korang pernah mam Bahulu Gulung nie x?? haa lau x pernah korang semua leh la datang sini melihat cara membuatnya n makan Bahulu Gulung nie time panas-panas..uii sedap hingga menjilat jari taw..haa cube laa...biasanya bahulu gulung Nyai Ju ni akan banyak tempahan apabila musim perayaan,majlis perkahwinan, kenduri kendara, di buat buah tangan dan sebagainya.


      Korang kalau berminat n ingin rasa sendiri keenakan Bahulu Gulung ni bolehlah hubungi ku...insyaallah ku sedia menerima tempahan tersebut. Hehehe..Nyai Ju nie seorang pengusaha bahulu gulung kat tempat ni..semua jenis bahulu ad...haa korang boleh la buat tempahan kalau ingin rasa yee..ok nampaknya sampai sini je la ku nk cite...penat sangat ni..nanti lau ad masa cite lagi..ok kengkawan semua..salam...=) 



Nie la Bahulu Gulung special Nyai Ju

Thursday, 5 May 2011

"Jadi SOLEHAH dulu...bukan cari SOLEH"

              Ubahlah diri kite dulu, nescaya orang lain akan berubah hasil perubahan kite"
susahnye nak cari calon suami yg soleh sekarang niekn?? emmm memang sudah jadi hukum dunia, sesuatu yg berharga itu pasti susah untuk mendapatkannya. Sebab tu ramai Bacelor sekarang ni yg tak kahwin2 lagi.Mereka berpegang kepada prinsif, biar usia terlebih, jangan tersalah pilih.hehhehe tol ke? Alasan ni tentulah bagi mereka yg punya fikiran Islamiah, tp bagi yg tidak ....kahwin lambat mungkin disebabkan hendak "enjoy-enjoy" dulu. 
        
         Kata Imam Ghazali, "Bukan mudah mencabut pohon kejahatan jikaakarnya sudah mencengkam". Remaja yg 'Islamik" juga kegkadang terperangkap dalam dilema. Mencari jodoh yg sesuai tidak semudah menekan butang 'handphone' untuk menghantar SMS untuk memilih penyanyipilihan dalam Akademik Fantasia @ Malaysia Idol Hanya SOLEHAH mengenal SOLEH. Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami soleh, kemudian bina semula ciri itu dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal  dalaman..muhasabah iman dan taqwa kite sendiri. 
   
              Bisikan ke hati apakah aku telah solat atau sedang berusaha untuk menjadi solehah? Banyak ciri-ciri suami yg soleh yg diperkatakan orang iaitu lelaki itu mestilah solat, taat ibubapa, berakhlak mulia, dan sebagainya. "Sedarlah bahawa perempuan-perempuan yg baik adalah untuk lelaki-lelaki yg yg baik....."(An-Nur 24:26)


KEMANISAN IBADAH
"Bagi setiap muslim yg melihat kepada kecantikan seseorang wanita, lalu die segera mengalihkan pandangannya (ketempat lain), ALLAH akan menimbulkan suatu ibadat yang akan dirasakan kemanisan di dalamnya"







Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning.” (riwayat al-Tabrani)

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)